Monday 18 April 2011

Mengenali Penarik Inn

Penarik Inn ditubuhkan di Kampung  Baru Penarik dalam daerah Setiu, Terengganu pada 1992. Sejarah penubuhan Penarik Inn menyaksikan beberapa rentetan peristiwa yang berjaya memperkenalkan Kampung Baru Penarik sebagai sebuah pusat pelancongan Luar dan dalam negeri.
  
Pada awalnya, dua pasangan suami isteri, Baharudin Said dan Rohana Hasan membeli sebidang tanah di Kampung Baru Penarik, Lot 31, Mukim Pantai sebagai aset peribadi dan juga rumah percutian mereka. Berbekalkan modal awal, pasangan ini membina satu unit rumah, 2 bilik dan satu  tandas awamSetelah rumah siap dibina, mereka telah dikunjungi oleh penunggang basikal dari beberapa buah negeri Eropah yang menyangkakan ia adalah rumah penginapan. Bermula dari peristiwa itu, mereka mahu terlibat secara aktif dalam perniagaan Homestay dengan menyediakan 8 buah khemah, dan tanpa sebarang bentuk promosi seperti papan iklan, Penarik Inn menerima kunjungan pertama,iaitu  keluarga Arab dari Jeddah, Mohd Solah Kasim yang menginap 3 malam. Ia memberi  Semangat kepada pasangan ini agar memperluaskan perniagaan dalam bidang Homestay.
  
Pada tahun 1994, dengan kerjasama Uitm Dungun, Pusat Pengeluaran Negara (PPDN) dan Perbadanan Ekonomi Negeri Terengganu (SEDC)  mereka telah menyertai kursus intensif Pengurusan Chalet dan Hotel bagi memperbanyakkan pengetahuan mengenai pengurusan chalet. Sekalung penghargaan kepada pihak Uitm telah memberi tunjuk ajar yang sangat berkesan dan menjadikan peniangaan mereka  semakin berkembang tahun demi tahun
 
Melihatkan perkembangan perniagaan yang semakin maju, mereka kemudiannya menambah bina 10 unit chalet yang berkonsepkan buluh dengan mengupah penduduk kampung tempatanSelama hampir 15 tahun, chalet buluh mereka mendapat pujian daripada pengunjung dalam dan luar negeri kerana mempromosikan produk tempatan

Selama itu juga, latihan khusus diberikan kepada anak mereka, Mohd Dhzia dan Mohd Riyad bagaimana menguruskan perniagaan homestay. Kemudian pada tahun 2006, Encik Baharudin dan Puan Rohana menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada adik beradik ini sebagai Pegurus Chalet Penarik Inn.

Penarik Inn adalah satu-satunya syarikat yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dalam Program Mentor -Mentee pada tahun 1997 dan kami sangat aktif dalam bidang ini memandangkan sektor perlancongan adalah salah satu penyumbang kepada pendapatan Negara.

Syarikat - syarikat perlancongan luar negara juga telah menjalinkan hubungan yang baik sekali dengan Penarik  Inn antaranya adalah ‘ Asian way Of Life, Poskod 1058 – 3860 BB, Nijkerk, Holland. 

Pada tahun 2009, dengan inisiatif adik beradik ini, Penarik Inn diperbaharui melalui infrastruktur unit chalet tersebut, dengan menukarkan chalet buluh kepada batu dengan bantuan pihak Sped dan Mara, malah menambah ruang dewan yang mampu menempatkan 100 orang peserta bagi tujuan seminar dan kursus

Walaupun masih muda, Mohd Dhzia dan Mohd Riyad sangat peka tentang kepentingan alam sekitar. Setiap minggu, mereka akan mengadakan gotong royong bagi membersihkan kawasan pantai. Malah, mereka turut membantu badan bukan kerajaan NGO iaitu WWF dalam usaha memelihara hidupan laut yang terancam seperti penyu, dan pada 2010 mereka membenarkan WWF membina pusat penetasan telur di kawasan mereka.

Mereka juga memperkenalkan PEWANIS, iaitu Persatuan Wanita di Kampung Mangkuk kepada pengunjung yang datang ke Penarik Inn  bagi melihat aktiviti membuat keropok pisang, tambahan pengunjung berpeluang untuk mencuba aktiviti ini dengan bayaran yang  berpatutan


  

No comments:

Post a Comment